Memori
terindah percutian ke Bali 2 - 5 Julai 2008 |
|
|
Welcome To Bali. Setibanya
di Airport Bali 8pm, 2 Julai 2008.

Tanda
puas+penat pertama kali menjejakkan kaki ke bumi
Indonesia. Flight 3 jam. Fuhh...si Balqis practice
jadi pramugari, sibuk jalan ke depan+belakang dalam
Air Asia. |
|
|
Belakang saya tu Gunung Berapi yang masih aktif (namanya
tak ingat). Kali terakhir meletus pada 1994. Masih
terdapat bekas larva berwarna hitam.

Sangat sejuk di kawasan pergunungan ini. Lebih
kurang macam di Genting Highland. Tu tengah
menggigil sejuk, tak bawa sweater. |
|
Di Bali juga terdapat
Planet Hollywood.
Aktor Hollywood biasa
buat pengambaran di
Bali.

Tempat shopping yang tak
mampu nak shopping.
Harga mahal oooii, guna
usd. Mana nak bawa duit
tuh. Window shopping je
la. |
|
Keindahan, kepanasan,
kenyamanan, kebahayaan
Pantai Kuta, Bali.

Sesuai untuk water ski, ombak dia memang kuat.
Tak berani nak berenang. |
|
Hasil tenun tangan batik
asli Indonesia. Harga
boleh tahan. Kualiti pun
bagus.

Nak
ambil satu, tapi tak
jadi sebab coraknya
memang keIndonan. Segan
pulak nak pakai nanti di
Cop Wong Indon. |
|
Nak tengok sunset di
Tanah Lot. Tengok tu si
Balqis tergamam nampak
ular sawa batik
Indonesia. eee..kalau
belit habislah..

Ni ambil gambar curi.
Jika nak posing
dekat-dekat, kenalah
bayar 50 ribu rupiah.
Tekanlah kalkulator kira... |
|
Kuta Lagoon Hotel. Taraf
3 bintang, jika buka
pintu terus nampak pool.
Dah nampak air, memang
suka si Balqis.

Buka pintu terus terjun.
Masuk bilik basah
lantai. Balqis pandang
je pool tuh..

Pakej makanan muslim
Jawa. Tak habis makan
wooo. Sorang 1 dulang.. |
|
Tempat paling sesuai
untuk borang borong T-Shirt
Bali.
Big Sale, murah murah..Memang
puas hati membeli.

Kenalah borong bagi
orang kampung. Cantik,
banyak saiz. Kelabu mata
nak pilih. Tula nextime
nak pergi kena
senyap-senyap. hehe.. |
|
Pakej shopping ke Bandung + Jakarta 6 - 9 Ogos
2008
Naik flight France KLM.
Besar, dapat makan sedap
tapi pramugari dia semua
vateran. 40th above.
Waduh..tapi memang
frendly.

Famous Balqis, asyik
diusik oleh maktok,
nenek berbaju biru,
berambut perang. Siap
speaking lagi. |
|
Tiba di Airport Jakarta.
Flight 2 jam, tak puas.
Makanan dalam flight sedap.

Sorry kawan, baju sama
macam ke Bali.
hehe..saya memang minat
pakai baju tu. Dah
sampai Jakarta, kena
transit ke Bandung.
Waduhh..3 jam dalam bas.
Hotel Nalendra kat sana. |
|
Rumah Mode Factory
Outlet di Bandung yang
mesti anda pergi. Barang
murah-murah dan
berkualiti.

Macam-macam ada. Tak
puas 3 jam shopping
(hehe bukan saya tau, my
madam). Saya berkepit
dengan anak je. Bagi can
kat pompuan. |
|
Hah, ini tempat yang
wajib pergi bila sampai
di Bandung. Pasar Baru.
Dari sekecil-kecil
hingga sebesar-besar
barang semua ada. Dan
yang paling best harga
jauh lebih murah
daripada Malaysia.

Memang sesak, sendat,
semak dengan manusia.
Walaupun hari Khamis.
Alamak tengok mamat
Indon tu, pakai baju
Bali. Cuba cari dimana
saya?

Di Jakarta pula, jangan
lepaskan peluang ke ITC
Cempaka Mas dan Mangga
Dua. Tempat shopping
paling marvelous. Semua
barang ada dengan harga
yang sangat murah!
Happening..best.. |
|
Destinasi Lunch kami.
Antara restoran Muslim
yang terkenal di
Bandung. Makanan pun
sedap juga. Sampai ke
siku dijilatnya.

Ayam Pop...Gulai Kepala
Kakap..Hah kena la buka
kamus Indon jika nak
tahu. |

|
Kasut 50:50 kulit. Saya
sambar satu. Harga
100,000 rupiah. Memang
cantik, kreatif,
berkilat buatan mereka.
Balqis tersengeh, kasut
untuk dia takda saiz.

Nafsu tertewas dengan
harga + buatan mereka.
Anda cuba kira 100,000
rupiah bersamaan?? |
|
Sebelah saya tu, gunung
berapi yang real. Bau
hangit, rasa bahang dia.
Nampak asap keluar
daripada batu. Tak sah
kalau tak datang kesini.
Negara yang paling
banyak gunung berapi
masih aktif.

Setelah dijamin selamat,
maka saya berani
bergambar. Gementar
juga. Marvelous
experience. |
|
Memori bermakna di Pulau Phuket 12 - 16 Ogos
2008
Sawadikap. Orang Thai
memang suka dengan
ungkapan ini.
Kemana-mana memang
sawadikap...

Air Asia yang
dibanggakan. Suka hati
diorang delay flight.
Sepatutnya depart 3pm,
8.30 baru gerak. So
sampai malam kat sana.
Naik teksi kena la
tekan. Kosong star
untukmu Air Asia. |
|
Club Andaman Beach
Resort, 4 star Hotel.
3,000 baht bilik paling
murah kat sini.
Fuh..memang mahal kos
hidup kat sini.
Berlobang poket wallet.

4 star hotel kat Phuket,
sama taraf 5 star hotel
di Malaysia. Tak percaya
boleh tengok website. |
|
Hotel Burasari. 4 star.
Bilik tepi pool. 5000
baht. Hmm..cubalah kira
berapa duit Malaysia.
Memang kerja gila
namanya ni.

Sampai je bilik, si
Balqis tukar uniform
tunjuk pool. Kenalah
layan.zasss.. |
|
Ini Tuk-Tuk. Dalam filem
Ong Bak diorang ada
tunjuk. Mak oi, punyalah
laju mereka bawa.
Sebelah tu pantai Phuket
bersebelahan dengan
hotel.

Harga minyak naik, maka
kos naik Tuk-Tuk pun
tinggi. Maka kami
memilih Tak-Tak jadilah
naik. Labih puas jalan
kaki, sambil hirup udara
pantai. |
|
Penyu yang sporting.
Sempat dia bergambar
sebelum sampai port nak
bertelur. hehe..Belakang
tu pantai.

Bukan senang nak panggil
penyu mendarat. |
|
Ukiran Thailand yang
unik dan cantik. Malam
yang indah di Phuket.

Masa di Thailand lambat
1 jam daripada Malaysia.
Tengok tu, Balqis tengok
sape. Ada orang nak
mengurat le tu. |
|
Malam yang happening di
Phuket. Sama macam di
Uptown + Bangsar.
Fuh..paling menakutkan
maknyah berkeliaran buat
show. Sebijik macam
pompuan. Thai terkenal
dengan plastic surgery.

Dimakah Master Yus
Malaysia? |
|
Pemandangan di Pantai
Phuket. Sangat panas
terik. Musim tak hujan.
Jika tak pakai losyen,
confirm kena sunburn +
makin coklat berkilat.

Ombak kuat, sama macam
di Bali. Sesuai untuk
pelancong je lah. |
|
Tempat perhiasan +
barang kemas.
Hmm..mahal. Duit tak
cukup nak borong.

Bergambar je lah. Phuket
bukan tempat sesuai
untuk shopping. |
|
Tak sah jika tak rasa
Tom Yam Seafood Thai di tepi
pantai. Waduh..mahal
maa..300 baht = RM30
semangkok. Udang +
Sotong + Ketam + Ikan +
Ayam = Tomyam Seafood.

Sedap, pedas berapi,
cukup rasa, lazat, puas dan
sengkek poket. |
|
Selain Tom Yam, pekena
nasi goreng di Restoran
Dubai. Susah nak cari
makanan halal. Hanya di
Restoran Arab.

Sepinggan nasi goreng
200 baht = RM 20. Air
mineral 20 baht = RM2.
Sangat mahal. Fuyoo..kat
Malaysia boleh makan
besar tu.. |
|
Bawa bini kedua, tapi
tak dapat coverage. Phuket
memang kedekut. Star
Bucks pun kene bayar
jika nak online.
Huhu..sedey..

Buat simpan gambar je
la. Lenguh bahu memikul
kesana sini. |
|
Terbaru! Pakej Medan+Danau Toba 24 - 27
Februari 2009
Pertama kali naik
penerbangan komuniti
Fire Fly di Subang
Airport.

Flight ni rendah je,
tapi agak menakutkan
bila nak start naik.
Memang terasa momentum
semasa naik ke udara.
Agak menakutkan juga. |
|
Tak ramai dalam flight
ni. So suka hati bole
duduk mana-mana.

Sit pun tak lah luas
sangat. Apa yang best
dapat muffin & Juice
Oren. Pramugari pun 2
orang jer. Comey-comey
blake. |
|
Setibanya di Airport
Medan. Keterujaan dan
kegembiraan jelas
terpancar.

Sampai je akan dijemput.
Tapi hati-hati dengan
pembantu yang tak
diundang. Mereka ni
tukang collect Tip.
Tanpa disuruh, mereka
akan bawakan beg kita
dan tak malu akan minta
upah. |
|
Pemandangan dari hotel
hari pertama. Danau Toba
International Cottage,
di Parapat Lake Toba.

Sangat sejuk. Bilik tak
perlu aircond. Nak mandi
pun menggigil. Kami
terlupa bawa sweater. |
|
Tasik terbesar di Asia
Tenggara. Kira-kira
400++ km keluasannya
jika saya tak silap la.
Fuh..memang mengancam
pemandangannya.

Jangan tak tahu, airnya
tawar bukan air masin.
Mengikut sejarah mereka,
pernah muncul Naga dari
dasar tasik ini. Tapi
sekarang dah takde la. |
|
Breakfast di puncak
bukit yang sungguh
nyaman dan segar.

Tak ada orang berani
mandi pool ni. Saya
pegang airnya pun
menggigil macam air batu.
Punyalah sejuk. |
|
Untung si montel
Marissa, baru 3 bulan
dah sampai di Medan.
Siap dapat souvenir
lagi.

Di perkampungan Kaum
Batak iaitu Tomok (tiada
kaitan dengan vokalis
Newboys ya). Mengikut
sejarah, kaum Batak ni
makan orang. Eii seram
juga. |
|
Di Air Terjun Piso Piso.
Memang amazing
pemandangan disini. Saya
sungguh terkejut dan
teruja.

Air terjun yang keluar
daripada lubang bawah
tanah. Memang
menakjubkan kerana
biasanya air terjun
jatuh daripada gunung
atau bukit tetapi ini
dari dalam tanah.
Sungguh hebat ciptaan
Allah. |
|
Penginapan di malam
kedua kami. Danau Toba
International Cottage
Brastagi. Sini lagi
sejuk. Dikelilingi oleh
gunung ganang.

Reka bentuk yang unik.
Kami memang puas hati
dengan fasiliti hotel
ini. Suasana sungguh
nyaman dan segar. Suka
si Balqis, pagi-pagi dia
dah start main kat luar.
Sejukkk katanya.. |
|
Ni pula, outlet yang
sememangnya murah-murah
dan pakaian yang
berjenama. Saya pun hairan awat
mereka jual murah sangat.

Anda boleh bayangkan,
pakaian ratusan ringgit
di Malaysia, disini
mereka jual dalam 20-50
ringgit sahaja. Penuh
beg wife saya borong.
Nak ambil gambar di
dalam mereka tak bagi. "Ngak
boleh diambil picture
nya pak". |
|
Makanan Padang ala
kampung. Sungguh
menyelerakan dan
umphhh.. Yang paling
best, ikan & ayam percik
dia..waallaaa..

Si Balqis pun sungguh
berselera. Habis nasi
dia. Saya rasa jika
seminggu dok sana,
confirm montel saya.
Sambal dia memang
terangkat. Anda perlu
datang sendiri dan rasa
keenakannya. |
|
Jeans pun murah-murah
dan berkualiti. Anda
boleh bahagikan Rp
99,000 dengan 3,100. So
jawapannya itu adalah
harga dalam RM.

Saya tak minat sangat
seluar jeans. So tak la
nak sambar pun. Baju
okla. |
|
Pakaian batik Asli
Indon. Memang unik dan
buatan asli dari mereka.

Wife saya sangat teruja
mengenakan kebaya Indon.
Ala-ala mak datin,
memang cun design mereka. |
|
Apa yang anda dapat
perhatikan di gambar
ini?

Ya, saya bangga menjadi
rakyat Malaysia.
Petronas juga ada di
Indonesia. |
|
Cukuplah saya kongsikan sebahagian memori yang tidak
akan dilupakan merasai suasana indah di negara orang. Banyak yang telah
saya dapat dan pelajari daripada budaya mereka. Memang mengagumkan!
Hai kawan, anda pula bila lagi? Boleh
kita bertukar cerita ya!
Kembali ke Seminartuisyen.Com
|
|
|