Soalan dan jawapan tentang
seminartuisyen.com!
Soalan 1:
Salam Master Yus,
Saya salah sorang subscriber seminartuisyen.com,
selalu menerima emel yang Master Yus hantar.
Saya nak tanya, saya memang minat mengajar tapi
saya tak konfiden nak mulakan tuisyen. Saya
seorang guru pelatih
di Cheras.
Boleh Master Yus berikan pendapat? Apa yang
boleh saya lakukan?
Terima kasih,
Siti MPIK Cheras
Jawapan 1:
Salam Siti,
Terima kasih dengan emel ini. Pertamanya Cikgu
Siti (boleh kan saya
panggil cikgu?), telah mempunyai kriteria utama
iaitu minat mengajar.
Yang keduanya, anda adalah seorang Cikgu (Siti).
Jadi, kedua-dua elemen ini adalah sangat kuat
untuk menjadikan
Cikgu Siti seorang guru tuisyen yang berjaya.
Konfiden datang selepas Cikgu Siti lakukan
langkah pertama.
Bagaimana Cikgu Siti mula-mula menjejakkan kaki
di maktab
suatu ketika dahulu?
Tentunya agak janggal untuk kali yang pertama.
Namun saya boleh katakan
ramai lagi diluar sana yang tiada latar belakang
seorang guru,
namun telah lakukan tuisyen dengan jayanya.
Soalan 2:
Assalamualaikum En Yus.
Saya kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat
10 tahun.
Sejak kerajaan telah memberikan kebenaran untuk
lakukan
kerja sampingan, saya telah berusaha mencari
sumber yang
boleh menambah poket bulanan saya.
Dan saya terjumpa laman web En Yus tentang
tuisyen ini.
Persoalannya, mampukan saya lakukan tuisyen,
sedangkan
balik kerja dah letih. Hujung minggu pula masa
untuk keluarga?
Ikhlas,
Abdullah, Putrajaya
Jawapan 2:
Waalaikumussalam En Abdullah.
Apa yang boleh saya katakan disini, semuanya
bergantung
kepada kemampuan dan kehendak diri sendiri.
Cadangan saya, En Abdullah boleh lakukan tuisyen
2 jam sahaja seminggu.
Masa terpulang kepada En Abdullah.
Katakan 2 jam x RM40 = RM80 (seminggu)
RM80 x 4(minggu) = RM 320 (sebulan).
Jika En Abdullah rasakan RM 320/bulan sudah
cukup, maka 2 jam
laukan tuisyen telah memadai. Namun jika En
Abdullah perlukan lebih,
maka tingkatkan jam tuisyen anda.
Dari segi pengurusan masa, saya berpendapat En
Abdullah pasti
boleh uruskan dengan baik kerana pengalaman
selama 10 tahun
dalam bidang pekerjaan sebenarnya adalah
kelebihan kepada
En Abdullah.
Soalan 3:
Salam Master Yus,
Saya kawan Mukhsin, student Engineering UM. Saya
dah tahu tentang
Master Yus memang lama. Cuma hari ini baru
berkesempatan untuk menghantar
emel. Saya ada kemusykilan untuk dikongsikan.
Saya tahu si Mukhsin ada lakukan tuisyen. Dan
dia juga ada ajak
saya buat tuisyen ni, tapi saya tak berapa
konfiden dengan market
Melayu.
Saya cuba servey di internet ramai parents Cina
yang nakkan tuisyen.
Saya perhatikan ramai student kat UM ni (Cina)
juga lakukan tuisyen.
Saya pernah juga ikut Mukhsin mengajar di pusat
tuisyen,
tetapi tu lah saya rasakan market Melayu agak
kurang.
Apa pendapat daripada Master Yus yang
sememangnya dah lama dalam bidang ni?
Yang telus,
Budak UM
Jawapan 3:
Assalamualaikum Budak UM.
Pertamanya anda beruntung kerana si Mukhsin tu
antara orang yang
bersemangat untuk kenalkan tuisyen kepada
student UM.
Dia adalah salah seorang protege saya yang cukup
talented (dalam cari duit sampingan).
Dulu masa saya mula-mula hendak masuk ke bidang
ini memang saya
sangat takut. Kerana saya ingat tiada market.
Apa yang anda kaji dan perhatikan,
saya juga telah lakukan.
Namun segala tanggapan tersebut meleset sama
sekali.
Bila saya dah masuk market tuisyen, permintaan
memang hangat (lebih hangat daripada selalu).
Tawaran demi tawaran saya terima. Panggilan demi
panggilan saya dapat.
Semuanya permintaan tuisyen.
Rupa-rupanya cikgu Melayu lah yang ramai orang
cari (subjek seperti BM, Sejarah, Agama dll)
Dan sehinggalah ke hari ini (2008), saya masih
kekal sebagai Cikgu Tuisyen,
dan permintaan sedikit pun tak berkurang. Lebih-lebih
lagi teknik marketing
yang saya gunakan sangat berkesan.
Ramai peserta seminartuisyen.com yang telah
merasai teknik azimat ini. Tak sampai
seminggu (ada yang 1 hari), dah dapat panggilan
offer tuisyen.
Nasihat saya, jangan pandang dari luar sedangkan
kita belum pun beri
salam untuk masuk pintu tersebut.
Soalan 4:
Adakah kita perlu mahir berbahasa Inggeris untuk
mengajar tuisyen?
Ye lah, sekarang banyak subjek dalam BI.
-Musykil-
Jawapan 4:
Perlu sekiranya anda mengajar English (wajib
mahir), Math dan Science. Untuk
Math dan Science anda perlu terapkan 'term'
mengikut silibus terkini. Boleh dapatkan
buku rujukan di kedai-kedai buku.
Dari sudut memahamkan pelajar, ini bergantung.
Jika pelajar faham anda speaking,
maka tiada masalah. Jika pelajar anda 2B (blur &
blank), maka cakap Melayu adalah terbaik.
Apa yang penting pelajar anda faham tentang
subjek tersebut.
Namun sekiranya anda mengajar subjek Sejarah,
Kemahiran Hidup, BM, maka Melayulah
bahasa pengantarnya.
Soalan 5:
Selamat sejahtera Master Yus.
Saya percaya tuisyen boleh buat duit sampingan,
tapi betul ke boleh dapat
sampai ribu-ribu? Sekarang nih banyak sangat
penipuan di internet. Saya cuma nak
kepastian sahaja, benarkah seminartuisyen.com
ini betul-betul membantu?
Yang bertanya,
Natasya
Jawapan 5:
Salam sejahtera Natasya.
Terima kasih dengan pertanyaan ikhlas ini.
Anda boleh perhatikan sendiri perbezaan laman
web yang menipu dan yang benar.
Pertama, laman web yang benar memaparkan
identiti pemilik laman web tersebut.
Saya adalah pemilik rasmi www.seminartuisyen.com.
Saya juga paparkan gambar
sebenar, nama penuh, nombor telefon dan alamat
emel di laman web.
Keduanya, saya juga paparkan gambar serta
identiti bekas peserta
seminartuisyen.com dengan benar.(boleh hubungi
mereka)
Ini dua perbezaan utama yang boleh anda
perhatikan.
Dan apa yang pasti saya sendiri telah lakukan
tuisyen sejak 8 tahun
yang lepas. Saya lakukan sepenuh masa. Dan mampu
sara keluarga, anak-anak
dan isteri hasil daripada pendapatan tuisyen.
Untuk elakkan keraguan, saya jemput Natasya
hadir ke seminartuisyen.com
(tanpa bayar apa-apa pun), hanya semata-mata
untuk dapatkan kebenaran.
Saya akan bongkarkan segala persoalan tentang
tuisyen, kerana saya
dah tahu selok belok dengan bidang ini.
Soalan 6:
Assalamualaikum Master Yus.
Saya doakan Master Yus sekeluarga sihat
hendaknya.
Saya sangat berminat dengan emel yang Master Yus
hantar kepada saya. Dan saya
sering melayari www.seminartuisyen.com dan
bercadang untuk menghadiri seminar
tersebut.
Namun masalah saya adalah saya berada di
Terengganu dan cuma kadang-kadang
akan berada di KL atas urusan kerja.
Soalan saya, seminartuisyen.com tidak dilakukan
diluar KL ke?
Dan bagaimana pula market tuisyen di Terengganu?
Itu sahaja persoalan saya. Terima kasih.
Amir Aiman, Marang Terengganu
Jawapan 6:
Waalaikumussalam Aiman. Saya juga doakan Aiman
sihat sokmo.
Untuk masa ini saya masih belum bercadang untuk
jalankan
seminartuisyen.com di luar KL. Ini kerana saya
di KL, dan
permintaan disini memang sangat tinggi.
InsyaAllah jika Aiman boleh uruskan berkaitan
tempat,
mungkin saya tiada masalah untuk datang ke
Marang.
Market tuisyen di Malaysia sedang berkembang.
Ramai yang
telah mendapatkan ebook saya di www.cikgutuisyen.com
telah mulakan tuisyen di kawasan luar KL. Namun
market tak
sehebat bandar-bandar besar seperti KL, Penang,
JB.
Apa yang boleh saya katakan market tuisyen
memang ada
di seluruh Malaysia.
Ini semua bergantung bagaimana Aiman mencari job
tuisyen
dan cara promosi.
Dan 2 perkara penting diatas saya tekankan dalam
seminartuisyen.com.
InsyaAllah ada rezki, kita akan berjumpa suatu
hari nanti.
Soalan 7:
Salam Master Yus. Saya sekarang memang sedang
lakukan tuition.
Bila saya terbaca laman web saudara, saya rasa
ada kekurangan dalam
perihal tuition ini.
Saya sekarang mengajar di 3 tuition centre. Dan
saya rasakan
sangat penat mengajar di tuition centre ni.
Saya baru setahun mulakan tuisyen dan income
boleh la untuk
menampung belanja bulanan.
Saya teringin untuk lakukan home tuition selepas
saudara ada
menghantar emel berkaitan perbezaan pusat
tuition dengan home tuition.
Cuma masalahnya, saya tak tahu untuk bermula
kerana salah satu pusat
tuition yang saya ajar ini adalah kepunyaan
pakcik saya. Jadi dia yang
banyak bantu saya dalam tuition ini.
Dan saya tidak berapa konfiden untuk mengajar
level sekolah
menengah, kerana di pusat tuition pun saya hanya
mengajar tahun 1-5 sahaja.
Boleh saudara berikan pendapat tetang masalah
saya ini?
Yang benar,
Khairunnisa' Jamaluddin, Klang
Jawapan 7:
Assalamualaikum Khairunnisa'. Tahniah saya
ucapkan kerana anda telah
mulakan tuisyen.
Ya terdapat beberapa perbezaan ketara antara
mengajar tuisyen di pusat tuisyen
dengan home tuition.
Pertama, bilangan pelajar. Home tuition pelajar
yang perlu anda fokus adalah
seorang sahaja dan paling ramai pun 5 orang.
Keduanya, bayaran. Home tuition biasanya dibayar
lebih tinggi berbanding pusat tuisyen.
Dua perbezaan ketara dan utama ini sebenarnya
saya kupaskan dengan terperinci
dalam seminartuisyen.com. Dan pilihan untuk
memilih mana satu yang sesuai
adalah bergantung pada diri masing-masing.
Daripada penerangan yang anda nyatakan disini
sebenarnya tiada masalah untuk
anda mulakan home tuition.
Pertamanya, anda boleh minta bantuan pakcik anda
untuk dapatkan job home tuition.
Mengikut pengalaman saya, ada parents yang akan
datang ke pusat tuisyen (berhampiran
dengan rumah mereka) bertanyakan cikgu yang
boleh mengajar anak mereka di rumah.
Keduanya, konfiden anda akan datang bila anda
mula mengajar level menengah untuk
pertama kalinya. Ya saya yakin anda boleh. Anda
boleh mulakan dengan pelajar
tingkatan 1 dahulu dan lihat perkembangan pelajr
tersebut.
Anda beruntung kerana anda dan pakcik telah
berada dalam dunia tuisyen. Jadi tiada
masalah besar berbanding ramai lagi yang berada
diluar sana yang tak tahu mengajar
tetapi teringin untuk mulakan tuisyen.
Saya harap jawapan ini membantu.
Soalan 8:
Hai bro. I baru tengok u punya web. Menarik
untuk side income. Tapi
macam I ni boleh ke mengajar. Minat tak ada,
tapi bile pasal duit
minat tu macam tertarik plak. Boleh bagi advice
bro?
Mamat, KL.
Jawapan 8:
Hai Bro. Tahniah dengan minat anda untuk mencuba
tuisyen.
Saya nasihatkan anda boleh cuba kelas pertama
untuk tempoh sebulan.
Jika anda rasa boleh bertahan, maka teruskanlah.
Mungkin jiwa anda boleh
kena dengan dunia baru ini.
Dan saya percaya anda tentu pernah menduduki
UPSR suatu masa dahulu kan?
Jadi memang tiada masalah untuk ajar subjek UPSR
yang memang kacang nih.
Cubalah, mana tau dengan income yang anda dapat
nanti memupuk minat dalam
tuisyen untuk teruskan side income anda.
Apa yang boleh saya katakan, buat tuisyen memang
best. Duit masyuk!
Soalan 9:
Assalamualaikum En Yus.
Saya Jamilah. Saya memang tak suka kerja makan
gaji. Tapi selepas saya gagal
dalam MLM setahun yang lepas, saya terpaksa juga
kerja untuk menyara hidup harian
saya. Saya kerja ni pun kerana nak setlekan
hutang-hutang.
Tetapi saya memang tension kerana tak tahan
dengan kerja sekarang ini.
Bila saya baca seminartuisyen.com dan ada
peserta yang berhenti kerja lepas
lakukan tuisyen. Betul ke? Saya tak berapa
konfiden kerana saya langsung tiada
pengalaman mengajar.
Tetapi saya memang tension dengan makan gaji
skang nih. Keja bagai nak mati, gaji ciput je.
Bos pun cam hantu. Sory saya terpaksa luahkan
benda ni.
Saya harap En Yus boleh berikan jalan untuk saya
keluar daripada kandang
hantu ini. Terima kasih.
Siti Jamilah, Cheras
Jawapan 9:
Waalaikumussalam Jamilah.
Harap bersabar dengan keadaan anda sekarang.
Inilah lumrah kehidupan hari ini.
Kerja banyak, masa dikorbankan tak berbaloi
dengan hasil yang kita dapat.
Tahniah jika anda inginkan perubahan. Saya telah
nampak hal ini 8 tahun yang
lalu lagi. Saya sendiri tidak pernah terikat
kerja makan gaji, kerana hal-hal
seperti ini yang saya ingin elakkan.
Pandangan dan nasihat saya, anda boleh cuba
lakukan tuisyen. Dan saya yakin anda pasti
boleh lakukan kerana ramai yang telah berjaya.
Dan antara buktinya, saya telah pampangkan
di laman web www.seminartuisyen.com.
Dengan keberanian anda menyertai MLM, pastinya
lakukan tuisyen lebih mudah. Ini kerana
anda akan bercakap dihadapan pelajar berbanding
di MLM anda terpaksa mempengaruhi
orang dewasa untuk sertai perniagaan tersebut.
Berkenaan pengalaman, bukan masalah besar.
Kerana anda belum mencubanya.
Dan jika anda telah ke langkah pertama, pasti
anda akan rasai nikmat
dan keseronokan lakukan tuisyen ini.
Kerja tak tertekan, masa sikit tapi pulangan
berbaloi. Itu yang boleh saya katakan.
Dan saya tak sarankan bila anda mulakan tuisyen
maka terus berhenti kerja.
Saya juga dulu bermula secara sambilan, bila
saya dah kuasai bidang ini maka saya
baru konfiden untuk lakukan secara sepenuh masa
sehingga hari ini.
Jika anda dah serasi dan income telah mencapai
target anda, disitu terpulang
kepada anda untuk berhenti kerja. Sikit-sikit
lama-lama hilanglah sakit.
Selamat maju jaya saya ucapkan. Pilih dan
buatlah sedikit pengorbanan. Saya yakin
anda boleh lebih maju kehadapan.
Soalan 10:
Salam Master Yus.
Saya nak tanya sikit. Bagaimana nak dapatkan job
tuisyen dengan senang dan cepat.
Saya sekarang memang lakukan tuisyen, tapi susah
nak dapatkan job. Kadang tu sampai
berbulan baru ada job lain. Boleh bagi panduan?
Mukhlis,
Man UIA.
Jawapan 10:
Assalamualaikum Man.
Market tuisyen di sekitar UIA memang hot. 2 kali
saya pernah
berikan talk tentang tuisyen di Fac Engine
beberapa tahun lepas.
Cuma waktu itu seminartuisyen.com belum dikenali
lagi. Saya kongsikan
pengalaman tuisyen disana atas jemputan seorang
kenalan saya.
2 kaedah/cara terunggul untuk dapatkan job
tuisyen dengan mudah, senang dan pantas.
Kaedah pertama secara Online, kaedah kedua
secara Offline.
Kaedah Online adalah menggunakan internet dan
kaedah Offline menggunakan medium
persekitaran termasuk mulut manusia.
Agak sukar untuk saya terangkan melalui emel.
Ini kerana anda perlu faham konsep mudah
yang saya perlu sampaikan. Dan ini mungkin agak
panang lebar untuk ditulis.
Ya, kaedah ini saya terjumpa selepas beberapa
tahun saya lakukan tuisyen.
Telefon bimbit anda akan berdering-dering tak
henti menerima panggilan
yang bertanyakan tuisyen.
Kaedah ini juga adalah senjata ampuh saya dalam
tuisyen dan hanya di seminartuisyen.com
sahaja yang akan dibongkar (mahal harganya
kaedah dan teknik hebat ini).
Dulu saya memang susah dapatkan job tuisyen,
tetapi sekarang tidak lagi.
Orang kata, jika nak mahir dengan ilmu tu
kenalah berguru dengan yang berpengalaman.
Tak gitu Man?
Soalan 11:
Selamat sejahtera Master Yus.
Alvin disini. Saya respek dengan laman web
seminartuisyen.com ini. Saya rasa belum
ada lagi laman seperti ini di internet. Saya
cuma hendak minta pendapat bagaimana
hendak luaskan jaringan tuisyen?
Kedua apa tips untuk saya lakukan tuisyen secara
fulltime seperti Master Yus?
Now saya masih buat secara part time dan plan
nak berhenti kerja dan lakukan
tuisyen sepenuh masa.
Thanks.
Regards,
Alvin, Seksyen 9 Shah Alam
Jawapan 11:
Salam sejahtera Alvin.
Terima kasih kerana sudi melayari www.seminartuisyen.com. Terima kasih juga
dengan pujian ikhlas anda.
Banyak cara untuk luaskan jaringan tuisyen.
Antaranya dengan rakan kenalan
tutor, agen tuisyen, ibu bapa pelajar, pelajar
sendiri, pengusaha pusat tuisyen,
cikgu sekolah, jiran dan saudara mara.
Apa yang penting dalam meluaskan jaringan adalah
Kredibiliti. Anda perlu
bina kredibiliti anda sebagai seorang cikgu
tuisyen yang dikenali.
(tak perlu glamour).
Jadi daripada situ nama anda akan disebut-sebut
terutamanya oleh parents
dan pelajar anda.
Keduanya, seperti di soal jawab lepas berkenaan
untuk menjadi cikgu
tuisyen sepenuh masa, anda perlu kuasai pasaran
tuisyen dahulu.
Maksudnya, anda perlu mahir dan tahu untuk
marketkan diri anda.
Jika tidak, perit padahnya nanti.
Saya sendiri mula lakukan tuisyen sepenuh masa
selepas saya kuasai
strategi marketing yang marvelous. Ya mudah
sebenarnya untuk
dapatkan job tuisyen jika kena gaya.
Sampai ke hari ini, permintaan tuisyen sentiasa
sahaja saya terima.
Ini kerana saya telah mempunyai kunci pintu
'cara buat duit dengan tuisyen'.
Terima kasih.
Soalan 12:
Hai admin seminartuisyen.com.
I nak tanya satu je. Betul ke you ni memang
expert tentang tuisyen?
Coz skang nih ramai sangat ayat manis tapi belum
tentu lagi betul.
Kat web memangla bole tulis macam-macam tapi
bile datang nanti
tak tau berhasil ke tidak. I just nak make sure
bende ni btol je.
Thanks.
Ayu
Jawapan 12:
Assalamualaikum Ayu. Terima kasih kerana sudi
bertanya dengan ikhlas.
Betul atau tipu adalah tanggapan penilaian
masing-masing. Ini saya tak nafi.
Cuma untuk kepastian, Ayu boleh datang sendiri
dengan percuma ke
seminartuisyen.com.
Daripada situ Ayu boleh nilai sendiri siapakah
saya.
Apa yang boleh saya katakan, semua di web
tersebut adalah benar lagi nyata.
Bukti, butiran perhubungan telah saya lampirkan
di web.
Berhasil, berjaya adalah jawapan pada diri
masing-masing.
Saya sendiri telah berjaya menyara keluarga
hanya sebagai Cikgu Tuisyen.
Saya tak pernah makan gaji. Tapi boleh bawa
family pergi bercuti.
Ayu boleh lihat disini :
Percutian ke Indonesia & Thailand
Harap jawapan ini menepati kehendak Ayu. Terima
kasih.
Soalan 13 :
Hai En Yus.
Saya sangat berminat dengan tawaran dan
bimbingan yang En Yus offer
di laman web seminartuisyen.com.
Saya bercadang untuk menghadiri seminar tersebut
tetapi saya
nak tanya sikit sebelum saya bayar duit.
Apakah jaminan saya setelah menghadiri
seminartuisyen.com ini?
Bolehkah saya mendapat job tuisyen seperti yang
diwar-warkan?
Saya harap En Yus dapat menjawab pertanyaan
saya. TQ
-Maisarah- Puchong.
Jawapan 13 :
Assalamualaikum Maisarah.
Terima kasih dengan minat anda untuk ke
seminartuisyen.com.
Jika betul berminat boleh dapatkan tempat segera
kerana
tempat makin terhad.
Jaminan saya kepada peserta seminartuisyen.com,
anda boleh
minta semula duit jika mendapati
seminartuisyen.com
langsung tiada manfaat dan sia-sia.
Ya, anda boleh dapatkan duit anda semula. Itu
jaminan saya.
Saya tak mahukan duit anda, tetapi saya mahukan
komitmen anda
untuk lakukan tuisyen dengan gembira.
Sepanjang pengalaman seminartuisyen.com
dijalankan, peserta akan
dapat job tuisyen dalam masa sehari hingga
seminggu sekiranya menggunakan
teknik ampuh yang akan saya bongkarkan dalam
seminartuisyen.com.
Dan saya juga akan memberikan beberapa job
tuisyen khas kepada
peserta seminartuisyen.com
Harap jawapan ini membantu Maisarah. Janga
terlepas peluang ini ya!
Soalan 14:
Assalamualaikum Master Yus.
Saya Musa, baru hendak memulakan tuisyen
beberapa bulan selepas
seorang kawan saya memperkenalkan laman web
Master Yus.
Saya sangat tertarik untuk menghadirinya namun
mungkin
bukan masa terdekat ini.
Saya nak tanya, saya ada buat sedikit kajian di
internet
berkaitan industri tuisyen.
Apa yang saya boleh simpulkan tuisyen ini banyak
dimonopoli
oleh bangsa selain Melayu. Adakah benar?
Jadi saya rasakan macam takut tak boleh diterima
dan market
mesti sikit. Bagaimana Master Yus boleh survive
dan maintain?
Harap dapat membantu kemusykilan saya ini.
Yang benar,
Musa, Kajang.
Jawapan 14:
Waalaikumussalam Musa.
Tahniah kerana anda telah mula untuk berjinak-jinak
dengan tuisyen.
Tak rugi untuk anda mengkaji tentang dunia
tuisyen ini. Ini kerana saya
pernah lakukan apa yang anda sedang lakukan ini.
(Soalan ini telah saya jawab pada keluaran lalu.
Sama point seperti penghantar
emel yang lalu. Namun tak apa saya akan jawab
juga pertanyaan Musa)
Memang benar apa yang anda buat kajian itu.
Industri tuisyen memang
dimonopoli oleh bangsa bukan Melayu.
Daripada tutor hinggalah yang perlukan tuisyen.
Kaum Cina monopoli
utama bidang tuisyen ini.
Namun kini, permintaan tuisyen oleh kaum Melayu
mula meningkat.
Telah ramai ibu bapa Melayu yang mula sedar
untuk mendapat cikgu tuisyen
di rumah mereka.
Saya boleh katakan cikgu tuisyen pada hari ini
permintaannya sama seperti
keperluan untuk mendapatkan pembantu rumah.(jangan
salah ertikan pula
cikgu tuisyen ini sama taraf dengan pembantu
rumah pula ya :-))
Cuba anda lihat industri Insuran, Saham,
Hartanah, siapa monopoli
utama bidang tersebut? Sudah tentu bukan Melayu
kan?
Kaum bukan Melayu memang cepat melihat industri
yang boleh berikan
pulangan yang lumayan. Termasuklah Tuisyen.
Apa yang saya boleh katakan, Musa teruskan
sahaja niat untuk
ceburi bidang tuisyen ini kerana hasilnya memang
marvelous.
Saya dah nikmatinya sejak 8 tahun yang lalu.
Selamat berjaya!
Soalan 15:
Master Yus, biar betul seminartuisyen.com nih?
Banyak betul
Bonus Percuma? Apa yang Master Yus dapat untung
jika Bonus
sahaja dah melebihi bayaran pendaftaran? Saya
konpius,
macam tak percaya. Kalau macam ni langsung tak
rugila kami
yang nak datang nih?
Yang Konpius MX.
Jawapan 15:
Wahai Yang Konpius MX. Tak perlu berkerah otak
untuk memikirkan
Bonus Percuma yang bakal anda terima apabila
hadir ke seminartuisyen.com
Semuanya yang saya janjikan akan saya berikan
secara PERCUMA. Ini
adalah hadiah terbaik untuk anda yang betul-betul
ingin melakukan
perubahan dalam kehidupan.
Matlamat saya adalah untuk memberitahu
masyarakat luar bahawa
Tuisyen memang memberikan pulangan yang sangat
mengancam!
Bukan keuntungan semata-mata yang saya cari. Ini
adalah sedikit
sumbangan saya untuk membantu anda yang inginkan
perubahan.
(Saya dah untung banyak dengan hanya buat
tuisyen sahaja! Anak
bini cukup segala keperluan!)
Harga seminar yang anda bayar adalah sebagai
bukti menunjukkan
kesungguhan anda untuk berguru dengan orang yang
berpengalaman
dalam bidang ini.
Bukan seminar kosong. Ini adalah seminar yang
Pertama di Malaysia
yang membongkarkan Rahsia Kehebatan Tuisyen!
Soalan 16:
Assalamualaikum Master Yus.
Saya nak tanya sikit. Saya sangat tertekan
dengan kerja sekarang.
Jawatan executive, tapi kerja macam kerani.
Semua benda saya kena lakukan,
sampaikan pos surat pun saya yang kena buat.
Saya plan nak berhenti kerja dan cari kerja lain.
Saya sedang cari kerja yang sesuai dengan diri
saya. Bila
saya surf internet, saya terbaca laman web
seminartuisyen.com,
itu yang saya emel Master Yus ni.
Cuma masalahnya, saya langsung tiada pengalaman
mengajar. Daripada
emel yang saya terima, Master Yus ada mengatakan
buat tuisyen
memang senang, mudah dan hasilnya berbaloi.
Orang macam saya yang tiada pengalaman ini
bolehkah
buat tuisyen ni?
Saya harap Master Yus boleh berikan advice, saya
memang
sangat tertekan dengan kerja sekarang nih.
Yang benar,
Mahmud, Gombak.
Jawapan 16:
Waalaikumussalam Mahmud.
Terima kasih kerana berkongsi emel dengan saya.
Saya tak akui, setiap kerja yang kita lakukan
pasti
ada tekanan tersendiri.
Namun persoalannya, bagaimana kita menguruskan
tekanan dan
mengurangkan tekanan tersebut.
Tak salah jika Mahmud ingin cuba lakukan tuisyen.
Saya tak galakkan
anda terus berhenti kerja. Namun jika anda dalam
proses nak cari kerja
lain dan pada masa yang sama lakukan tuisyen,
itu adalah jalan
terbaik.
Kerana apa yang boleh saya katakan, tuisyen ini
ada bersangkut paut
dengan minat mengajar. Jika anda mamang benar
berminat mengajar, maka
tuisyen adalah pilihan terbaik yang saya
cadangkan.
Walaupun tiada pengalaman, itu bukan menjadi
masalah besar. Pengalaman
pertama memang selalunya susah. Namun apa yang
saya boleh katakan,
lakukan tuisyen memang tidak sesusah seperti
yang disangkakan.
Bak kata pepatah, belum cuba belum tau nikmatnya!
Soalan 17:
Salam Yus.
Aku nak ko buktikan sikit, camne buat tuisyen ni
boleh
create income yg ko kate memang lumayan.
Camne plak ko kate masa bebas? Kalu ko xbuat
confirm
income xde kan?
Aku nih, buat MLM releks je bole dapat income
banyak.
Thats all my question.
Bravo, roger.
-Extreme MLM-
Jawapan 17:
Assalamualaikum Extreme MLM. Semoga ceria dan
diberkati
tuhan hendaknya.
Pertamanya terima kasih dengan soalan ikhlas
anda.
Saya tak nafikan industri MLM boleh jadikan kita
jutawan.
Ramai usahawan MLM yang telah buktikannya. Dan
industri MLM
juga ada antara yang pilihan orang-orang yang
inginkan
kekayaan, kemewahan dan kesenangan. Saya memang
tak nafikan.
Secara jujurnya, saya sendiri pernah menyertai
MLM pada tahun
2003 sewaktu belajar dahulu. Dan pernah
memperoleh pendapatan
yang memang lumayan (hampir 5 angka sebulan).
Namun akhirnya saya rebah di pertengahan jalan
berpunca
daripada diri sendiri yang tidak dapat mengurus
masa dengan betul,
ditambah dengan tekanan yang hebat.
Lakukan tuisyen agak mustahil untuk menggelarkan
anda
seorang jutawan dalam masa yang singkat.(tapi
jika anda
bijak menguruskan wang, tiada yang mustahil).
Saya akan keluar pergi tuisyen bermula jam 2.30
petang.
Dalam sehari saya akan peruntukkan 3-5 jam
sahaja untuk tuisyen.
Katakan saya ambil 5 jam sehari tuisyen, dan
bayaran tuisyen adalah
RM 40 per jam. Maka 5j x RM40 = RM200 sehari.
Seminggu RM200 x 5 = RM1000. Sebulan 4 x RM 1000
= RM4000.
Bagi saya cukuplah untuk saya lakukan tuisyen 5
jam sehari dengan pendapatan
RM 4k sebulan (ini adalah contoh sahaja, saya
bukan usahawan MLM yang
perlu nyatakan income bulanan saya).
Dan yang paling best, jarak untuk saya ke tempat
tuisyen hanya 5-10 minit
daripada rumah. Dan setiap kali datang tuisyen
akan dihidangkan makan+minuman.
Jika saya perlukan lebih duit, maka saya akan
lebihkan jam tuisyen saya. Dan
perbezaan yang paling ketara, masa saya
peruntukkan dengan anak-anak dan isteri
adalah maksima. Tekanan kerja juga tiada.
Dan hasil daripada tuisyen ini juga saya mampu
menyara anak-anak &
isteri, beri tempat perlindungan, kereta, makan
minum dan bawa
pergi melancong.
Percutian Yang Hebat!
Cuma bagi saya terpulang kepada diri masing-masing
untuk
memilih jalan bagi menjana pendapatan sampingan.
Saya tak memaksa sesiapa.
seminartuisyen.com adalah kepada mereka yang
berminat dengan tuisyen dan
ingin jadikannya sumber pendapatan sampingan.
Seminar ini bukan kepada mereka
yang telah selesa dan besar incomenya.
Harap jawapan ini dapat memperjelaskan anda.
Terima kasih.
Soalan 18:
Assalamualaikum Master Yus.
Saya lepasan STPM, dan adik saya lepasan SPM.
Bolehkah kami ini
lakukan tuisyen? Perlu ada ke qualification
tertentu untuk jadi cikgu
tuisyen? Kami memang sedang mencari kerja
sambilan sementara tunggu
untuk sambung belajar. Harap ada berita baik
untuk soalan ini.
Yang bertanya.
Hasan & Husin, Sijangkang Klang.
Jawapan 18:
Waalaikumussalam Hasan & Husin. Semoga sihat
hendaknya.
Terima kasih kerana mengirim emel kepada saya.
Saya sendiri mulakan tuisyen sejak tahun 2000
selepas tamat SPM.
Namun waktu itu adalah secara suka-suka (ajar
anak jiran). Dan
saya tak caj tinggi pun waktu tu (belum ada lagi
guide macam
seminartuisyen.com)
Saya betul-betul serius lakukan tuisyen semasa
belajar di UM dahulu.
Dan saya dapat banyak Rahsia Tuisyen waktu itu
sehinggalah saya
wujudkan seminartuisyen.com pada 2006.
Sebenarnya tiada kelayakan khusus untuk mulakan
tuisyen. Selagi
anda tahu apa yang hendak diajar dan tidak lari
daripada silibus semasa,
maka anda telah layak untuk bergelar cikgu
tuisyen.
Hari ini terlalu banyak sumebr yang boleh kita
perolehi. Di kedai
buku, perpustakaan, internet dan boleh juga
terus rujuk dengan
cikgu sekolah lama anda.
Saya cadangkan Hasan & Husin boleh mulakan
tuisyen dengan mengajar
peringkat sekolah rendah tahun 1-6 dahulu. Nak
cuba menengah terus
pun tiada masalah sebenarnya.
Daripada situ baru anda akan tahu bagaimana
seronok dan senangnya
untuk mengajar tuisyen.
Harap jawapan ini dapat membantu anda berdua
untuk cuba mulakan
tuisyen. Semoga berjaya saya ucapkan.
Soalan 19:
Salam Master Yus.
Saya blur dengan konsep website
seminartuisyen.com ni? Apa objektif
sebenarnya seminar ini? Semua yang berminat nak
jadi guru tuisyen
perlu datang seminar dulu ke?
Thanks,
Yang blur
Jawapan 19:
Assalamualaikum Yang blur. Semoga anda sihat dan
gembira selalu.
Konsep utama seminartuisyen.com adalah
menjalankan seminar yang akan
membongkarkan segala hal tentang tuisyen.
Objektifnya pula ada dinyatakan di laman utama,
sila anda rujuk:
www.seminartuisyen.com
Modul seminar dan sasaran peserta juga saya
telah lampirkan di laman web.
Tiada yang berselindung dan penipuan dalam hal
ini.
seminartuisyen.com adalah tidak sesuai kepada:
1. Yang tidak berminat langsung untuk mengajar
2. Yang berpangkat tinggi dan telah selesa
dengan kerja serta gajinya.
3. Yang fobia dengan manusia (tak tahu bagaimana
nak mengajar dll)
4. Yang bawah umur 18 tahun (tak lepas SPM)
5. Yang langsung tak tau pasal subjek UPSR, PMR,
SPM & STPM
6. Tang tak ada minat nak duit sampingan
7. Yang langsung tak boleh uruskan masa (pembahagian
masa)
8. Yang bermasalah dan tak boleh berubah
9. Yang tak berada di Bumi
10. Yang sakit kronik dan berjangkit
Selain daripada 10 kategori diatas layak lakukan
tuisyen.
Dan seminartuisyen.com hanya membantu dan
membimbing anda yang
baru hendak cuba bidang tuisyen. Yang nak
tingkatkan ilmu tentang
tuisyen dan berkongsi pengalaman juga boleh
hadir ke seminartuisyen.com
Jika anda telah expert dan pakar dalam bidang
tuisyen, saya
ajak anda untuk mari bersama-sama memperkenalkan
dan
mengajak masyarakat lakukan tuisyen sebagai
sumber pendapatan sampingan.
Harap jawapan ini membantu.
Soalan 20:
Assalamualaikum Master Yus.
Saya terbaca laman web saudara nampak menarik.
Banyak pengalaman
saudara dalam bidang tuisyen ini. Saya pun
memang berminat
dalam bidang education ini dan bercadang untuk
membuka pusat tuisyen
sendiri suatu hari nanti. Tetapi saya kurang
pengetahuan untuk buat
semua ini. Boleh saudara beri sedikit panduan
dan nasihat?
Terima kasih.
Faizal Muslim, Bdr Baru Bangi.
Jawapan 20:
Waalaikumussalam Faizal. Semoga sihat saya
doakan.
Sebelum itu saya ucapkan terima kasih kerana
telah
melayari web www.seminartuisyen.com. Sebenarnya
dalam seminartuisyen.com
ada juga dikongsikan bagaimana cara yang terbaik
untuk mulakan
operasi pusat tuisyen.
Dan dalam ebook saya juga ada dinyatakan. Boleh
lihat di
www.cikgutuisyen.com (web ini saya nak tutup)
Saya nasihatkan, anda perlu faham selok belok
bidang tuisyen ini.
Dari sudut marketing hinggalah pengurusan
pelajar.
Apa yang penting anda perlu memilih sama ada
anda hendak menjadi
pengurus pusat tuisyen atau seorang pengajar
tuisyen.
Saya tak galakkan anda ambil kedua-duanya,
kerana perkara ini
anda perlu fokus dengan sebaiknya. Saya pernah
menghadapi situasi
dimana tidak dapat mengajar dengan baik
disebabkan tak dapat mengurus
pusat tuisyen dengan baik. Banyak kerja
sebenarnya.
Apa yang boleh saya katakan, pengurus pusat
tuisyen adalah
lebih rumit tanggungjawab dan tugasnya
berbanding pengajar tuisyen.
Saya juga nasihatkan anda untuk berjumpa dengan
pengusaha
pusat tuisyen untuk bertanyakan pengalaman
mereka mengendalikan
pengurusan tuisyen. Dan dalam seminartuisyen.com
sendiri saya sering
menjemput pengusaha pusat tuisyen (kawan saya)
datang untuk berkongsi
dengan para peserta.
Harap anda jelas dengan jawapan ini. Terima
kasih.
Soalan 21:
Salam En Yus. Saya Megat. Saya minat nak try u
punya seminar.
Stakat yuran saya xde hal.Tapi saya ni bz
manjang. Selalu outstation.
So cane ek?
Then if saya dah attend seminar ni, dan saya tak
berjaya
juga buat tuisyen, so camne?
Thanks.
Jawapan 21:
Assalamualaikum Megat. Semoga anda berjaya
dengan apa
yang anda lakukan sekarang.
Saya tak galakkan anda lakukan tuisyen sekiranya
anda
belum boleh berikan masa untuk tuisyen. Jika
anda selalu
outstation, ini memberi risiko kepada kesihatan
dan emosi.
Jadi, ambil masa yang sesuai. Jika rasa dah
bersedia untuk
cuba lakukan tuisyen, maka sila datanglah ke
seminartuisyen.com
Dan jika anda telah hadir ke seminartuisyen.com,
kemudian
tak aplikasikan segala Rahsia, Teknik, Tips,
Panduan, Kaedah,
Cara berkesan tentang tuisyen maka memang tiada
makna dan gunanya.
Samalah seperti anda baca buku resipi nak buat
kek, tapi
lepas tu lupakan hasrat nak buat kek tersebut.
Jaminan saya, jika anda gunakan segala ilmu yang
saya
curah dan kongsikan, tiada istilah gagal untuk
lakukan
tuisyen.
Beza si A dan si B. Si A balik dari seminar,
terus praktikkan ilmu.
Tetapi Si B, balik seminar terus buat dunno.
Sudah tentu jawapan, siapa
lebih berjaya telah kita ketahui.
Harap jawapan ini jelas lagi nyata buat anda.
Semoga berjaya lakukan tuisyen !
Kembali ke web utama. Klik sini 
Yang benar,

-- 016-3772901 -- admin@seminartuisyen.com --
UTuS Smart Training & Consultancy
Petaling Jaya,
59200 KL